Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad

Sunday, 4 September 2016

Diskaun istimewa untuk guru beli kereta Perodua (Arkib Berita)


Abas @ Dawam Kahat bertukar dokumen dengan Ho Tuck Sum (dua dari kanan) sambil disaksikan oleh Alimuddin Mohd. Dom (empat dari kiri) dan jemputan lain dalam majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara KYGMB dan DMM Sales di Taman Melawati, Kuala Lumpur,
KUALA LUMPUR 5 Julai - Kira-kira 400,000 guru di seluruh negara berpeluang menikmati diskaun istimewa pembelian kereta Perodua hasil daripada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad (Koperasi YGMB) dan pengedar sah kenderaan Perodua, DMM Sales Sdn. Bhd. (DMM Sales).
Pengerusi Koperasi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, menerusi kerjasama itu para guru akan menerima tawaran istimewa iaitu rebat RM1,000 bagi setiap pembelian kenderaan Perodua yang dikendalikan oleh DMM Sales.
"Selain itu mereka juga akan menerima saham bernilai RM150 dalam Koperasi YGMB serta RM50 untuk pendaftaran menyertai koperasi tersebut.
"Selain itu, hasil kerjasama tersebut turut membolehkan pembeli menerima insurans kemalangan berjumlah RM20,000, faedah pinjaman pembiayaan kenderaan serendah 2.7 peratus serta ditawarkan pinjaman pendahuluan sebanyak RM5,000 daripada Koperasi YGMB," katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan MoU tersebut di Wisma Yayasan Guru Malaysia Berhad, Taman Melawati, dekat sini hari ini.
Pada majlis tersebut, Koperasi YGMB diwakili oleh Penolong Setiausahanya, Abas @ Dawam Kahat manakala DMM Sales diwakili oleh Pengurus Besarnya, Ho Tuck Sum.
Yang hadir sama, Anggota Lembaga Pengarah Koperasi YGMB, Datuk Zulkifly Mohd. Wazir dan Pengarah Eksekutif DMM Sales, Jun Ikeda.
Sementara itu tambah Alimuddin, tawaran yang diadakan itu hanya sah bermula hari ini sehingga 15 November ini.
"Namun begitu sekiranya mendapat sambutan, tawaran istimewa ini pastinya akan dilanjutkan dan Koperasi YGMB menyasarkan guru-guru baharu untuk mengambil peluang ini," katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Kanan DMM Sales, Fazlee Alton Abdullah Saffri memberitahu, kerjasama tersebut juga merupakan sebahagian daripada pakej khas Perodua Terima Kasih Cikgu sempena Hari Guru dan tanda terima kasih terhadap jasa golongan pendidik di negara ini.
Share:

Salam 1 Malaysia




Sebarang Pertanyaan tentang koperasi, keahlian atau sebagainya, bolehlah dikemukakan di ruangan maklumbalas di bawah. Sila sertakan maklumat yang lengkap seperti nama penuh, no. kad pengenalan dan email yang tepat. Terima kasih.
LONJAKAN EKONOMI..

Info


SILA BERHATI-HATI DALAM MEMILIH EJEN KOPERASI YANG HADIR KE SEKOLAH ANDA,

SILA SAHKAN DAHULU EJEN TERSEBUT KEPADA PIHAK KOPERASI YGMB KERANA ADA SEGELINTIR EJEN YANG MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS PIHAK KOPERASI DENGAN MENGGUNAKAN NAMA KOPERASI DALAM MENJUAL PRODUK MEREKA DAN MELAKUKAN PENYELEWENGAN KEPADA GURU-GURU.

KEPRIHATINAN ANDA MENJADI TANGGUNGJAWAB KAMI.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Powered by Blogger.

Labels

Support