Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad

Sunday, 4 September 2016

Koperasi YGMB komited bantu warga pendidikan


KOPERASI Yayasan Guru Malaysia Berhad (KYGMB) komited membantu ahli-ahli koperasi yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran di seluruh negara melalui pembiayaan pinjaman kredit.
Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kewujudan KYGMB dilihat sebagai satu usaha murni untuk menyatukan kekuatan ummah dari segi usaha meningkatkan kepentingan ekonomi anggota koperasi.
Katanya, peluang pembiayaan kredit ini terbuka kepada anggota koperasi iaitu kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran.
''Sehingga kini, sebanyak 10 permohonan pinjaman kredit koperasi diterima dan dijangka akan meningkat berikutan usaha berterusan mempromosi kepentingan koperasi.
"Kita berharap lebih ramai kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran mendaftar sebagai anggota koperasi bagi menikmati kemudahan-kemudahan pembiayaan yang diwujudkan," katanya ketika ditemui pada majlis Pembiayaan Pinjaman Koperasi Kepada Anggota-Anggota Koperasi YGMB di pejabatnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut beliau, koperasi KYGMB turut digalakkan untuk terlibat secara langsung dengan fungsi koperasi itu sendiri seperti menyediakan pakej pinjaman kredit khas untuk kakitangan Kementerian Pelajaran.
Katanya, ia meliputi pinjaman hartanah, khas, biasa, pelajaran, pelancongan, umrah dan kecemasan.
Selain itu, katanya, koperasi sedang giat mempromosi produk terbaru iaitu pinjaman peribadi khas bagi kakitangan bersara dan pakej pembaharuan insurans motor takaful.
"Bagi semua tujuan itu, KYGMB mengenakan kadar caj yang lebih rendah antara dua hingga lima peratus daripada pinjaman pembiayaan kredit.


Alimuddin menegaskan, ini secara tidak langsung memberi manfaat kepada seluruh ahli koperasi iaitu kakitangan Kementerian Pelajaran dan guru-guru yang memerlukan pembiayaan kredit kewangan dengan lebih sistematik.
Share:

Salam 1 Malaysia




Sebarang Pertanyaan tentang koperasi, keahlian atau sebagainya, bolehlah dikemukakan di ruangan maklumbalas di bawah. Sila sertakan maklumat yang lengkap seperti nama penuh, no. kad pengenalan dan email yang tepat. Terima kasih.
LONJAKAN EKONOMI..

Info


SILA BERHATI-HATI DALAM MEMILIH EJEN KOPERASI YANG HADIR KE SEKOLAH ANDA,

SILA SAHKAN DAHULU EJEN TERSEBUT KEPADA PIHAK KOPERASI YGMB KERANA ADA SEGELINTIR EJEN YANG MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS PIHAK KOPERASI DENGAN MENGGUNAKAN NAMA KOPERASI DALAM MENJUAL PRODUK MEREKA DAN MELAKUKAN PENYELEWENGAN KEPADA GURU-GURU.

KEPRIHATINAN ANDA MENJADI TANGGUNGJAWAB KAMI.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Powered by Blogger.

Labels

Support